nuffang

Friday, March 31, 2023

KERJA KOSONG DI KPTM KUANTAN


Permohonan dilanjutkan sehingga 3 April 2023


 

Sunday, February 5, 2023

KELAB KEUSAHAWANAN KPTM KUANTAN DI KARNIVAL KERJAYA MARA


Sempena dengan program Karnival Kerjaya MARA di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan, Kelab Keusahawanan KPTM KUANTAN telah mengambil inisiatif menjalankan perniagaan selama 3 hari karnival tersebut berlangsung.




Ahli Kelab Keusahawanan KPTM Kuantan; Danish Afnan dan Akmal Ariff 
sedang sibuk menyiapkan pesanan Takoyaki daripada pelanggan.

 

Wednesday, February 1, 2023

UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA


 


UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM)

Ucapan Sekalung Tahniah
KUPTM telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti penuh dan kini dikenali sebagai
UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM)
Berkuatkuasa pada 06 Januari 2023.

Diharapkan agar Institusi yang telah bertapak di Kuala Lumpur sejak tahun 1987 sebagai Maktab Sains MARA (MSM) kepada Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) pada tahun 1996, kepada Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) pada tahun 2003, naiktaraf kepada Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) pada tahun 2015, dan kini dikenali sebagai UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM) tahun 2023, akan menjadi institusi yang akan terus melahirkan ramai generasi intelek berilmu, beradab dan berbakti kepada Negara..


TAHNIAH… UPTM…

Sunday, May 22, 2022

PERMOHONAN KEMASUKAN SESI JULAI 2022 KINI DIBUKA


 

PERMOHONAN KEMASUKAN SESI JULAI 2022

Program pengajian yang ditawarkan pada sesi Julai 2022 di KPTM Kuantan adalah:

1. Diploma in Accounting

2. Diploma in Business Management

3. Diploma in Civil Engineering

4. Diploma in Human Resource Management

5. Diploma in Sports Management

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila klik INI


Tuesday, October 27, 2020

PERMOHONAN MASUK KE KPTM KUANTAN BAGI SESI NOVEMBER 2020

Permohonan masuk bagi program peringkat diploma di KPTM Kuantan bagi sesi November 2020 masih dibuka. 

Untuk membuat permohonan segera anda boleh menghubungi nombor Whatsapp yang tertera di poster atau klik jer...

KPTM Kuantan : www.wasap.my/60199147467



 

Monday, October 26, 2020

Nombor Whatsapp Kolej Poly-Tech MARA Seluruh Malaysia


Nak hubungi KPTM tapi segan nak buat panggilan? Well.... Whatsapp jer laa

KUPTM KL : www.wasap.my/60192600861

.
KPTM Bangi : www.wasap.my/60196554676
.
KPTM Kuantan : www.wasap.my/60199147467
.
KPTM Kota Bharu : www.wasap.my/60139958760
.
KPTM Alor Setar : www.wasap.my/60132888050
.
KPTM Batu Pahat :www.wasap.my/60197550967
.
KPTM Ipoh : www.wasap.my/60125989538

Saturday, June 20, 2020

DIPLOMA IN ACCOUNTING KPTM KUANTAN SESI JULAI 2020




Program Diploma in Accounting di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan bagi sesi kemasukan Julai 2020 akan memulakan kelas pada 6 Julai 2020 ini. 

Kali ini buat julung kalinya KPTM menawarkan kelas secara atas talian (online) dan juga secara bersemuka. Para siswa dan siswi semester pertama ini boleh memilih untuk belajar secara atas talian atau bersemuka.

Bagi yang memilih untuk belajar secara bersemuka mereka perlu hadir mendaftar di KPTM Kuantan pada 4 Julai 2020. Pada 6 Julai 2020 kelas akan bermula dengan beberapa SOP yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan para siswa dan siswi . 

Sesi taklimat akan diadakan secara online kepada para pelajar. 

Selain daripada itu, terdapat ramai pelajar Diploma in Accounting KPTM Kuantan yang bertanyakan apakah subjek-subjek yang mereka akan pelajari pada semester 1.

Untuk makluman semua, di KPTM kita menggunakan terma kursus bagi merujuk kepada subjek atau matapelajaran. 

Berikut ialah senarai kursus-kursus yang akan diambil oleh siswa dan siswi semester pertama bagi Diploma in Accounting di KPTM Kuantan. 

Pengajian Malaysia
Proficiency English 
Principles of Financial Accounting 1
Fundamentals of Management
Business Mathematics
Study Skills
Bahasa Kebangsaan (Bagi mereka yang tidak kredit BM SPM)




Friday, June 19, 2020

PERMOHONAN MASUK KE KOLEJ POLY-TECH MARA MASUK DIBUKA



Masih mencari-cari kolej untuk sambung belajar? Jom masuk KPTM  Kuantan. Permohonan masuk masih dibuka. Macam mana nak mohon? whatsapp je..

wasap.my/60129473730
wasap.my/60129473730

Kena bayar berapa?
Yuran pengesahan RM100 je

Bayar RM100 dah boleh mendaftar sebagai pelajar Kolej Poly-Tech MARA.
Bayaran lain-lain boleh tangguh dulu sehingga para pelajar dapat pinjaman daripada MARA atau PTPTN.

ada lagi soalan?
Whatsapp je... nanti kita boleh borak panjang 



wasap.my/60129473730
wasap.my/60129473730


NAK BAWA APA KE KOLEJ

Pada 4 Julai 2020 ini siswa-siswi baharu (yang pilih mod belajar secara bersemuka) Kolej Poly-Tech MARA seluruh Malaysia akan mula mendaftar di semua kolej cawangan.  

Kepada bakal siswa dan siswi KPTM Kuantan, tahniah diucapkan kerana memilih KPTM Kuantan sebagai kolej pilihan anda. 

4 Julai 2020  dah tak lama tu, barang-barang nak bawa ke KPTM Kuantan dah ready ke?

Kalau masih keliru dengan apa yang perlu dibawa. Berikut adalah cadangan barangan keperluan peribadi yang patut di bawa ke KPTM Kuantan nanti.

Pakaian 


Bagi siswa anda boleh memakai baju kemeja berlengan pendek atau panjang beserta tali leher ke kelas. 

Seluar slack yang berwarna gelap yang nampak formal. Seluar slack yang ketat adalah tidak dibenarkan. JEANS tidak dibenarkan dipakai ke kelas atau semasa menghadiri majlis-majlis rasmi di kolej.

Baju Melayu dengan sampin (Hari Jumaat pakai ke kelas, tak wajib tapi ramai yang praktikkan)

Kasut bertutup untuk pergi kelas, yang nampak formal macam orang pergi kerja tu. Tak kisah la kulit ke, tak kulit ke, asal nampak formal.

Bagi siswi pula, biasanya para siswi KPTM Kuantan akan memakai baju kurung untuk ke kelas. (Kebaya, kebarung, kurung pahang dan lain-lain.)

Bagi  para siswi Cina, India dan kaum-kaum lain, biasanya akan memakai blouse, skirt panjang dan seluar panjang yang longgar. Jeans adalah tidak dibenarkan. Siswi Islam yang nak pakai blouse pun boleh, takde masalah.

Pakaian lain ikut keperluan masing-masing. Tuala mandi, kain batik, kain pelikat dan pakaian yang untuk dipakai semasa berada di asrama. 


Ohh... yang tak tahan sejuk tu, jangan lupa bawak sweater atau cardigan. Kelas semuanya mempunyai pendingin hawa. Nanti beku pula duduk dalam kelas.


Pakaian sukan (Baju T, Seluar Track dan Kasut Sukan)

Peralatan sukan juga boleh dibawa sekiranya anda rasa perlu. Contohnya raket badminton (KPTM Kuantan ada court badminton dalam dewan baharu)
Kalau anda seorang pemain bowling dan ada bola sendiri boleh juga bawa kerana KPTM Kuantan ada kelab bowling.


Peralatan mandian. 

Berus dan ubat gigi
Sabun mandi atau shower gel senang sket
Syampu, Pencuci muka (siswi wajib la ni kan, yg siswa kalau pakai bawaklah)
Sabun basuh baju
Hanger (bawak banyak2, senang gantung baju dalam almari dan guna masa nak jemur kain)
Sepit baju 
Baldi atau bakul kecil untuk letak peralatan mandian tu (toiletries)

Baldi besar pun perlu ada untuk mendobi. Di asrama ada disediakan mesin basuh yang boleh letak duit tu. Kalau nak mendobi dan terus keringkan kena jalan keluar kolej sket, ada pusat dobi layan diri.

Barangan lain,

Sarung bantal, cadar, selimut, (2 set, at least satu basuh satu lagi ada boleh pakai) baldi, sejadah dan Al-Quran (bagi pelajar Muslim) serta peralatan peribadi yang lain. Jangan lupa bawa BANTAL.

Bakul atau beg besar untuk baju kotor. Beg besar macam beg IKEA biru tu senang letak baju kotor untuk dibawa ke pusat dobi.

Padlock utk almari 
ohh.. jangan lupa selipar untuk ke tandas, takkan nak pakai kasut yg pakai pergi kelas tu kan.

Cermin. Kecil atau besar terpulang, kerana dalam bilik tidak disediakan cermin. Kat tandas ada la. 

Plastik sampah dan tong sampah kecil utk dalam bilik. Tong sampah besar ada disediakan di luar bilik.

(kalau ada terlupa bawa, jangan bimbang kerana dalam kawasan kolej ada Campus Mart - kedai runcit yang menjual pelbagai barangan. 

ALAT TULIS DAN BUKU

Test pad (bawak banyak2 sbb memang akan guna byk kalau taknak guna buku nota)
Pen, pensel, correction tape, pembaris, pemadam, gunting, gam, stapler, puncher.
Fail (senang utk simpan notes, nanti nak exam taklah tercari-cari nota)
Kertas A4 (print assignments)

Buku teks pulak nanti boleh beli di Campus Mart.

Peralatan Elektrik.

Laptop & charger
Handphone & charger; earphones & headphones
Powerbank
Pendrive
Seterika (Iron)
Cerek Elektrik (penting untuk masak air utk mkn maggi)

(barangan elektrik perlu didaftarkan dengan pihak HEP atas faktor-faktor keselamatan, taklimat akan diberikan semasa hari orientasi)

Ubat-ubatan, plaster & minyak angin 

Barangan personal care lain contohnya:

Sikat rambut, make-up (siswi sahaja), perfume, deodorant (wajib pakai sebab kelas ber-aircond), ketip kuku, minyak rambut, cotton buds dan lain-lain. 

Akhir sekali, peralatan untuk makan, bekas tupperware atau tipuware, sudu, garfu, botol air, pinggan & mangkuk. Okey... itu sahaja cadangan barangan yang perlu dibawa, ada lagi? Boleh cadangan di kotak komen ye.


SELAMAT DATANG KE KPTM KUANTAN! 





Tuesday, April 21, 2020

INSENTIF KEPADA PARA PELAJAR DAN BAKAL PELAJAR KPTM






Selain menyediakan peluang pendidikan, KPTM  juga turut menyediakan pemberian insentif kepada 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 dan tidak ketinggalan juga kepada 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿!

Tawaran WoW Insentif KPTM & KUPTM: 

 Pelajar Cemerlang SPM - KPTM/KUPTM beri *tajaan Yuran Pengajian & Asrama 

 Ada adik-beradik pelajar/alumni KPTM &  KPTM/KUPTM beri *10% diskaun yuran pengajian
 Keputusan Peperiksaan Cemerlang - KPTM/KUPTM beri *30% diskaun yuran pengajian 

 Graduan cemerlang KPTM & KPTM/KUPTM beri *20% diskaun yuran pengajian 

Anda graduan diploma KPTM/KUPTM sambung ijazah KUPTM?? *20% diskaun yuran 
pengajian, PERCUMA yuran pindahan kredit + REBAT yuran pendaftaran RM250 

Anda bukan graduan diploma dari KPTM/KUPTM *20% diskaun yuran pengajian.

Untuk tempoh #𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹𝗱𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 #𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵𝗰𝗼𝘃𝗶𝗱𝟭𝟵 anda boleh berinteraksi dengan sahabat KPTM & KUPTM 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 𝗵𝘁𝘁𝗽://𝘄𝘄𝘄.𝘄𝗮𝘀𝗮𝗽.𝗺𝘆/𝟲𝟬𝟭𝟵𝟮𝟲𝟲𝟲𝟳𝟴𝟮 @ 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 𝗵𝘁𝘁𝗽://𝘄𝘄𝘄.𝘄𝗮𝘀𝗮𝗽.𝗺𝘆/60129473730 untuk maklumat lanjut mengenai peluang pendidikan serta insentif yang diberikan.

Jadi jangan ketinggalan dan melepaskan peluang untuk mendapatkan pendidikan di KPTM & KUPTM. 

Selamat maju jaya!! 


::𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻::

:: Sijil :: Asasi :: Diploma :: Profesional :: Ijazah :: Sarjana :: PhD



𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 *𝗣𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻. *tertakluk terma & syarat .


Monday, April 20, 2020

PENGALAMAN BELAJAR DI KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN


Coretan 𝙉𝙊𝙍𝙎𝙔𝘼𝙕𝙇𝙄𝙉𝘼 𝘽𝙄𝙉𝙏𝙄 𝙎𝘼𝙄𝙁𝙐𝘿𝘿𝙄𝙉, pelajar 𝘿𝙞𝙥𝙡𝙤𝙢𝙖 𝙞𝙣 𝘾𝙞𝙫𝙞𝙡 𝙀𝙣𝙜𝙞𝙣𝙚𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 (𝘾𝙤𝙣𝙨𝙩𝙧𝙪𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮) 𝟮𝟬𝟭𝟳-𝟮𝟬𝟮𝟬 yang telah menerima anugerah dekan pada setiap semester dan 3 kali anugerah senat, mengenai pengalaman beliau belajar di KPTM Kuantan.

Pada Julai 2017 saya telah melanjutkan pelajaran saya ke peringkat diploma di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan. Saya telah memilih KPTM Kuantan kerana KPTM Kuantan menawarkan program 𝘋𝘪𝘱𝘭𝘰𝘮𝘢 𝘪𝘯 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘌𝘯𝘨𝘪𝘯𝘦𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 (𝘊𝘰𝘯𝘴𝘵𝘳𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘢𝘧𝘦𝘵𝘺) yang saya minati. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗹𝘂𝗺𝗻𝗶 𝗞𝗣𝗧𝗠 𝗞𝘂𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 dan dia telah pun berjaya menjadi seorang 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙊𝙛𝙛𝙞𝙘𝙚𝙧 di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajiannya di KPTM Kuantan. Dia memberi inspirasi kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.








Saya mula menanam azam yang tinggi sewaktu melanjutkan pelajaran di KPTM Kuantan. Alhamdulillah dengan hasil dorongan pensyarah dan rakan-rakan saya berjaya mendapat 𝗮𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝟯 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗱𝗶 𝗞𝗣𝗧𝗠 𝗞𝘂𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻. Dengan menerima anugerah senat saya telah mendapat 𝗶𝗻𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗳 𝟯𝟬% 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘀 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 pada semester yang berikutnya. KPTM Kuantan juga memberi peluang kepada semua pelajar kejuruteraan untuk menyertai 𝘴𝘪𝘵𝘦 𝘷𝘪𝘴𝘪𝘵 yang dianjurkan sepenuhnya oleh pihak kolej untuk menambah ilmu dan pengalaman terhadap bidang yang diceburi.





Antara kemudahan yang disediakan di KPTM Kuantan adalah asrama, kelas yang selesa dan berhawa dingin dan pelbagai kemudahan sukan seperti gelanggang bola tampar, bola jaring, tennis dan lain-lain. Saya juga telah bergiat aktif dengan menyertai pasukan bola tampar peringkat IPT di KPTM Kuantan. Seterusnya saya juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti kelab yang diadakan di kolej. Saya menyertai 𝘌𝘯𝘨𝘪𝘯𝘦𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘭𝘶𝘣 pada tahun akhir pengajian dan saya memegang jawatan sebagai N𝗮𝗶𝗯 P𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝙀𝙣𝙜𝙞𝙣𝙚𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝘾𝙡𝙪𝙗 2019.





Saya merupakan pelajar semester akhir dan sedang menunggu keputusan Latihan Industri untuk menamatkan pengajian saya di KPTM Kuantan. Latihan industri selama 16 minggu telah memberi banyak kepentingan dan kebaikan kepada saya terutamanya dalam bidang 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘌𝘯𝘨𝘪𝘯𝘦𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨. Banyak ilmu dapat saya pelajari dan pengalaman dapat saya timba berkaitan keadaan sebenar di tapak binaan.
Akhir sekali, saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas saya menamatkan pelajaran di KPTM Kuantan. Terima kasih kepada pensyarah di KPTM Kuantan kerana mendidik saya sehingga berjaya menamatkan pengajian 𝘋𝘪𝘱𝘭𝘰𝘮𝘢 𝘪𝘯 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘌𝘯𝘨𝘪𝘯𝘦𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 (𝘊𝘰𝘯𝘴𝘵𝘳𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘢𝘧𝘦𝘵𝘺) dengan cemerlang.
𝙆𝙊𝙉𝙑𝙊𝙆𝙀𝙎𝙔𝙀𝙉 𝙆𝙋𝙏𝙈 2020...𝙏𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜!!!

SUMBER: FACEBOOK KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN 

Saturday, April 18, 2020

Monday, March 23, 2020

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KPTM 2020


Kepada semua yang telah memohon masuk ke Kolej Poly-Tech MARA seluruh Malaysia bagi sesi kemasukan APRIL 2020, anda boleh semak keputusannya di link berikut:

SEMAK KEPUTUSAN KEMASUKAN KPTM 2020

Kepada yang BELUM membuat permohonan masuk, peluang anda masih ada. Anda boleh klik link INI untuk membuat permohonan.

Kepada yang telah membuat permohonan secara online atau dengan mengisi borang permohonan secara bertulis anda boleh hubungi wasap.my/60192666782 sekirannya anda ada apa-apa pertanyaan.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin